Lailahaillallah Muhammadurrasulullah
Lailahaillallah Muhammadurrasulullah
Ingat2 wahai manusia jangan kamu suka-suka
Kita mukmin dalam dunia itu lagi dipenjara
Apa kita tidak teringin mengikut pada ibu bapa
Bapa Adam ibu Hawa semua kumbali kedalam syurga
Berkumpul serta nabi kita nabi Muhammad yang mulia
Kita tinggal dalam dunia banyak musuh tak terkira
Musuh hawa nafsu syaitan mengajak pergi neraka jahanam
Supaya pisah nabi ikutan serta bapa nabi Adam
Elok kita untuk beringat penggodanya syaitan jahat
Tidak muda tidak tua semua diajak masuk neraka
Syaitan menggoda mengikut darah lagi taat yang disuruh
Pada syarak kita lupa pada dunia kita suka
Elok taat yang dijaga jangan ahli bongkak dan bangga
Dosa kita yang dihalang tidak rugi umur yang hilang
Elok kita baca selawat sembahyang fardhu juga sunat
Sertakan ikhlas pada taat semoga kita dapat rahmat
Allah berfirman dalam Quran orang yang sesat pergi jahanam
Orang yang ikut perintah tuhan bakal masuk syurga jinan
Jangan kita sukakan dunia ada hadis telah tercerita
Permulaan setiap dosa jadi menarik masuk neraka
Ingat2 wahai manusia kerana masih hidup didunia
Sucikanlah badan kita besok mati siapa yang sucikan
Ingat2wahai manusia betulkanlah mengajimu
Semasa belum kedatangan malaikat pencabut nyawa